Khamis, 9 Julai 2015

DOA PAGI JUMAAT





Hi assalamualaikum. Selamat pagi semua! Alhamdulillah pagi jumaat penuh barakah, Allah masih beri kita peluang lagi untuk hidup lagi di atas muka bumi Allah yang indah ini. Alhamdulillah :-) Meh harini ukhta guide ilmu doa sedikit sebanyak, semoga beroleh manfaat :-)
             
  



Ya Allah, semoga diberkati dan dipermudahkan segala urusan harianku. Ameen...

Selasa, 7 Julai 2015

10 akhir ramadhan.


Alhamdulillah, dekat dah waktu berbuka bagi kawasan Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulillah waktu ni lahhh waktu mustajab doa, Jum kita semua ambil berkat sebelum berbuka puasa.

1) Baca alfatihah sebanyak 3x.
2) Baca selawat 3x
3) Baca doa buka seperti biasa.

Sebelum memulakan bacaan itu, sediakan air minum berupa air bersih sama ada air suam yang sudah sejuk atau air mineral kadar segelas. Letakkan air tersebut di hadapan kita dan bacalah semua bacaan itu sebelum berbuka puasa.
Perlu diingat, ambil masa untuk membaca itu kadar lima minit atau 10 minit sebelum masuk waktu berbuka puasa. Untuk itu kumpulkan semua sekeluarga di hadapan makanan. Dan ajaklah mereka mengamalkan amalan yang sama.
Setelah selesai membaca doa itu sedangkan waktu belum masuk, ulangi lagi bacaan doa berbuka puasa beberapa kali sehingga masuk waktu. Dan apabila masuk waktu gunakan air itu untuk berbuka puasa. Selepas itu barulah mengambil kurma dan yang lainnya.
Selamat beramal, semoga anda sihat dan diberkati.

Isnin, 29 Jun 2015

La tahzan


La takhaf, La tahzan, Innallahama'ana.
Jangan takut, Jangan sedih, Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.
Pratikkan bulan puasa ni, semoga dapat elak dari dosa yang sia-sia.